Monday, September 7, 2009

APA ITU MEDIA?

APA ITU MEDIA?


Media merupakan bahan-bahan yang terdiri daripada bahan semulajadi dan buatan manusia.contohnya media ini terdiri daripada kayu,logam,plaster,plastik,batu dan sebagainya.Kita senang memperolehi media ini.
Media plastik mempunyai Sejarah asal – usulnya sendiri, plastik telah dicipta pada tahun 1862 oleh Alexander Parkas. Bagaimanapun ia bukanlah bahan sintetik sepenuhnya sehinggalah ia dihasilkan secara meluas pada tahun 1910.Penghasilan plastik merupakan gabungan kreatif bahan-bahan kimia. Bagaimanapun, dunia seni terlalu lambat dalam penggunaan plastik sebagai media baru. Sehinggalah tahun 1930, plastik telah menjadi bahan ekspresi utama dalam arca .Media ini telah berjaya menghasilkan pelbagai arca.salah satu arca yang dapat dihasilkan ialah arca kerusi.Media ini dapat membentuk media 3 dimensi.Plastik dihasilkan dalam pelbagai bentuk iaitu serbuk , cecair , emulsi ,pastel, pallets,helaian ,rod dan tiub .
Media Kertas merupakan bahan kuno yang digunakan dalam penghasilan arca sejak 40 tahun yang lalu .kertas, dihasilkan bermula 2 ribu tahun yang dahulu . serpihan kertas yang diperbuat daripada gentian tumbuhan telah dijumpai di negeri ChinaPerkembangan percetakan pada abad ke-19 telah menyebabkan permintaaan yang tinggi terhadap kertas kerana kos yang murah dan mudah didapati dimana-mana sahaja. Masyarakat Timur sangat terkenal dengan kertas dan sangat kreatif dalam menghasilkan karya 3 dimensi .contohnya origami dan perkembangan artis yang menggunakan kertas sebagai bahan asas dalam penghasilan karya terutamanya menghasilkan media 3 dimensi.
Media logam telah menjadi bahan asas dalam membuat arca dengan berkembangnya proses kimpalan logam selaras dengan pembangunan proses oxyacetylene .Ramai pengarca dunia menggunakan media logam untuk menghasilkan karya mereka,antaranya ialah Pablo Picasso dan Julio Gonzalez yang banyak menyumbang kepada kemajuan proses tersebut. Kini ,kita dapat melihat karya – karya hebat Anthony Caro dan Antony Gormley penuh dengan proses –proses positif yang menggunakan media logam. Penggunaan media logam dalam penghasilan karya memberi penekanan sifat-sifat sesebuah karya . logam bersifat keras , padu ,dan waja.
Terdapat 3 teknik dalam penghasilan logam yang secara tradisionalnya berkaitrapat dengan arca . iaitu mencairkan besi menjadi kepingan , bar, dan rod .Repousse’ ialah teknik ketiga yang melibatkan pembentukan kepingan besi nipis menjadi bentuk 3 dimensi yang lebih kompleks .Logam terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tembaga , zink, aluminium, keluli dan aloi .

1 comment: