Tuesday, November 17, 2009

Erti kecantikan sebenar..

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Kecantikan seseorang bukanlah hanya pada sifat fizikal sahaja.kecantikan dalaman dan budi yang lebih penting bagi kehidupan manusia.Kehidupan yang penuh dengan pengetahun an ilmu juga amat penting untuk kita mempelajari cara kehidupan yang penuh dengan pancaroba dan cabaran ini.Itulah yang diperlukan oleh seprg wanita.Kecantikan wanita juga bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Saturday, October 24, 2009

kesabaran.....

Hidup di atas dunia ini memerlukan kesabaran.Setiap apa yang berlaku kepada diri kita anggaplah ia sebagai satu cabaran.Dalam perjalanan yang banyak dugaan dan penuh dengan cabaran perlulah dihadapi dengan jiwa yang tenang dan selalu mengigati-NYA. Oleh itu kita perlulah menghargai apa yang kita dapat dan perolehi.kadang2 manusia ini terlupa untuk berterima kasih diatas apa yang diperolehi. Sedar kah kamu?.....fikirlah semampu yang boleh,fikirlah sedalam-dalam yang mampu dan hayati hidup kamu. Bicara dengan kehidupan..kita tidak boleh lari dari segala masalah yang menimpa diri kita.kita harus melaluinya walaupun kita tidak mampu..ikutlah kata-kata hikmah yang dicari..

IKHLAS lah menjadi diri sendiri....agar hidup penuh dengan keamanan dan ketenangan..

hidup tanpa pegangan, ibarat buih2 laut..bila2 masa akan hilang...

Friday, October 9, 2009

apa pendapat kamu tentang sahabat?

sahabat yang baik...setia....jujur...amanah...seorang yang menjadi pendengar setia dan mampu memberi nasihat kepada kita tatkala hati kita sedih, dalam pelbagai masalah. Sahabat juga seorang yang sangat kita perlukan disaat gembira, duka, senang dan susah???.... namun kita juga perlu memahami erti persahabatan sejati kerana ada juga sahabat yang sanggup mengkhianati.... inilah yang mengajar kita perlu menilai sebuah persahabatan kasih, suci dan murni. Sahabat yang baik adalah seorang sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita tanpa mempunyai perasaan hasad dan dengki...juga mampu mengajar kita erti kedewasaan menempuhi dunia yang penuh cabaran dengan penuh tabah dan sabar..sahabat sejati adalah sahabat sejati.... :)

Monday, September 7, 2009

APA ITU MEDIA?

APA ITU MEDIA?


Media merupakan bahan-bahan yang terdiri daripada bahan semulajadi dan buatan manusia.contohnya media ini terdiri daripada kayu,logam,plaster,plastik,batu dan sebagainya.Kita senang memperolehi media ini.
Media plastik mempunyai Sejarah asal – usulnya sendiri, plastik telah dicipta pada tahun 1862 oleh Alexander Parkas. Bagaimanapun ia bukanlah bahan sintetik sepenuhnya sehinggalah ia dihasilkan secara meluas pada tahun 1910.Penghasilan plastik merupakan gabungan kreatif bahan-bahan kimia. Bagaimanapun, dunia seni terlalu lambat dalam penggunaan plastik sebagai media baru. Sehinggalah tahun 1930, plastik telah menjadi bahan ekspresi utama dalam arca .Media ini telah berjaya menghasilkan pelbagai arca.salah satu arca yang dapat dihasilkan ialah arca kerusi.Media ini dapat membentuk media 3 dimensi.Plastik dihasilkan dalam pelbagai bentuk iaitu serbuk , cecair , emulsi ,pastel, pallets,helaian ,rod dan tiub .
Media Kertas merupakan bahan kuno yang digunakan dalam penghasilan arca sejak 40 tahun yang lalu .kertas, dihasilkan bermula 2 ribu tahun yang dahulu . serpihan kertas yang diperbuat daripada gentian tumbuhan telah dijumpai di negeri ChinaPerkembangan percetakan pada abad ke-19 telah menyebabkan permintaaan yang tinggi terhadap kertas kerana kos yang murah dan mudah didapati dimana-mana sahaja. Masyarakat Timur sangat terkenal dengan kertas dan sangat kreatif dalam menghasilkan karya 3 dimensi .contohnya origami dan perkembangan artis yang menggunakan kertas sebagai bahan asas dalam penghasilan karya terutamanya menghasilkan media 3 dimensi.
Media logam telah menjadi bahan asas dalam membuat arca dengan berkembangnya proses kimpalan logam selaras dengan pembangunan proses oxyacetylene .Ramai pengarca dunia menggunakan media logam untuk menghasilkan karya mereka,antaranya ialah Pablo Picasso dan Julio Gonzalez yang banyak menyumbang kepada kemajuan proses tersebut. Kini ,kita dapat melihat karya – karya hebat Anthony Caro dan Antony Gormley penuh dengan proses –proses positif yang menggunakan media logam. Penggunaan media logam dalam penghasilan karya memberi penekanan sifat-sifat sesebuah karya . logam bersifat keras , padu ,dan waja.
Terdapat 3 teknik dalam penghasilan logam yang secara tradisionalnya berkaitrapat dengan arca . iaitu mencairkan besi menjadi kepingan , bar, dan rod .Repousse’ ialah teknik ketiga yang melibatkan pembentukan kepingan besi nipis menjadi bentuk 3 dimensi yang lebih kompleks .Logam terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tembaga , zink, aluminium, keluli dan aloi .

2009....kisah sahabat

2009…kisah sahabat

Tahun nie aku kenal lebih ramai kawan-kawan yang baik hati..heheh..biasa la dah lama kan aku dok kat unimas nie. Orang cakap dah banyak pengalaman yang ada dan dapat masa belajar kat unimas. Banyak karenah kawan-kawan yang aku dapat, heheh biasa la banyak orang banyak ragam. Tapi aku happy sangat sebab kawan-kawan aku sume pandai wat lawak antarabangsanyer..bak kata orang lawak x boleh belahnyer..hehehe..nak dengar aku citer ke…ok la aku citer..k la noor hidayah mohd kamil masih lagi satu roommate aku.heheh dia nie kecik orangnya tapi tak boleh dok diam pun..heheh.aku gelar dia mak tiri aku..oppsss maaf mak tiri jangan marah yer kalau terbaca nie..heheh.umur dia sekarang dah 23 tahun dah..dia lah kawan baik aku dari dulu sampai sekarg..oh ya..masih ingat pada norashikin yusof?..heheh…dia pun masih kawan aku juga.dulu dikira besar juga la tapi sekarang dah jadi budak kecik yang comel..hehehe..tapi soalan yang dari dulu sampai sekarg aku tertanya masihkah dia single? Or dia single and available..heheheh..haa jawb k chikin..yang sorang lagi nie suka wat lawak tak boleh blah.hahah.nama dia wan norlailatulazma wan omar.aku suka panggil dia jemak.heheh.dia nie kadang-kadang blur jer tau..tak faham gak la naper dia suka blur..heheh mybe dia suka pikir nak buka posa ngan aper kot sekarang nie.heheh..tapi aku jenis tak kisah sebab mereka nie memang suka buat aku gembira n ketawa walaupun aku sedih..eh tak abis lagi tau, aku ada banyak lagi nak kenalkan kawan-kawan sekepala ngan aku nie..yang nie pula cute orangnya.Banyak juga la mulut dia tau.klu dia bagi mukadimah apa-apa baik kita sume duduk dan sediakan telinga secara baiknya.heheh…betul tak azlina ahmad. Dia nie ada cite-cte nak jadi datin.insyallah satu hari nanti dia akan jadi datin kot..kawan sorang lagi nie asilah jusof.putih orangnya..best gak kawan yang minah nie..mulut dia nie pon bleh tahan..klu ckap ngan dia xpayah pakai speaker dah..volume dia tinggi juga ar..hehehe..maaf yer mbak asilah, tapi dia nie pun suka wat lawak separuh gila juga tu..dah nak citer kawan aku sorang nie lak. Nama dia azham azli yaakob tau..nama awek dia saptuyah..dia cakap orang sentol..orang kl kata kan.hahahah…dia nie angan-angan nak jadi penyanyi satu hari nanti..entah la,heheh…oppsss…aku tak nak cite lebih-lebih nanti dia pula yang belasah aku hidup-hidup. Sabar ka kawan-kawan.hahahah… sebenarnya aku banyak belajar banyak benda dan banyak nasihat yang aku perolehi dari diaorang..eh zaylyza abdul rahman nie pulak kawan aku gak..masa aku ambil program pertauliahan professional dulu pun dia juga banyak bagi nasihat kat aku..dia suka ketawa kuat-kuat tapi suara dia tak bunyi suara..hehehehhe pelik juga kan..hahhahahah..apa-apa pun aku gembira ngan diaorang..inilah dinamakan persahabatan sejati unimas.hehehehhe..k lah kamu sume kena lah mencari sahabat yang sejati baru hidup akan jadi lebih happyyyy!!!!!!!!!!!!!....

kenangan first year..baca jangan tak baca yer....


hai………!!!!!!!
kita orang ni student unimas..first year…baru masuk je.sebelum tu kita orang nak bagitau la sapa kami ni….nama apa? umur bape?dari mane?.....sebelum tu aku nak perkenalkan diri kita orang dulu…pertama kawan aku…nama dia norashikin binti yusof.tapi nama glamour dia chikin..asal johor.tapi tak tahu la orang panggil apa pun,dia tak kisah la..umur???? tak tahu la,rasenye 20 tahun kot…..dia belum berpunya la.klu nak isi borang.bleh aje…mai ambil borang kat aku ni.yang sorang ni ni kecoh ckit…hobi dia tido2 je.asal pegang buku tido.he,he,he.nama dia noor hidayah mohd kamil.umur same aje.nak tahu nama glamour ape?orang panggil dia eida,buyah pun orang panggil tau.ala biasa je sebab dia anggan2 nak jadi siti nurhaliza.tapi apakan daya mak dia tak bagi masuk malaysian idol….cian dia…ops!!!terlupa pulak.dia ni orang perak…ala dekat je…dekat ngan negeri aku ni…aku pula orang kedah….nama yang mak aku bagi kat aku siti halimah bt abdul razak.tp orang panggil aku eima….umur aku pun 20 thn juga…dikira muda lagi la….aku budak fine art.dia orang ni budak sinematografi.aku seronok kwn ngan dia orang…coz dia orang ni suka gelak…mcm biasa la gelak banyak2 susah nak dapat penyakit…..yang sorang dah berpunya tp kita orang ni solo lagi….sorang lagi nama nor azlina ahmad….dia orang johor…nama glamour az……..umur dia 20 thn juga.nak kenal lagi ke….dia pun budak sinematografi…azma…aku tak ingat sangat nama di coz panjang sangat..mungkin dulu mak dia pandai tulis kot tapi tak pandai baca sebab tu la panjang sangat-sangat tu.Bak kata orang isi boring tak cukup kotak..huhuhuhu..aku nak kena hafal la..tp aku x kisah sangat la..dia orang kelantan…dulu dia cuba nak masuk akademik fantasia tp ayah dia x kasi juga sbb suruh masak kat dapur tu,klu dia masuk orang lain x bleh masuk…dah berpunya ke belum??????.......rasanya dah kot.apa-apa hal kita orang ni budak fsgk.satu keluarga juga la……kalau nak kenal kita orang lawatilah laman web kami…..aweks muda
unimas_86@yahoo.com...klu xde tu aku tipu la.jgn percaya sangat no….inilah kisah kenai kwn-kawan yang baik hati nie.apa mcm best tak dengar citer kitaorg..dah baca bagi la komen.heheh..good luck!!!!!!!!!